Bahasa Rakyat

marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adiknya; budak-budak yg bergayut itu telah dimarahi oleh konduktor bas tersebut; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Golongan itu sering mendapat perhatian dan penghargaan kerana perkhidmatan diberikan, namun tidak kurang juga yang menyalahkan serta memarahi mereka jika kos penghantaran tinggi. [www.hmetro.com.my]
1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia air matanya; 3. = [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Kerajaan di beberapa negara secara keseluruhannya bercadang menyuntik sehingga RM361.78 bilion untuk melonjak semula syarikat penerbangan masing-masing selepas wabak Covid-19 menyapu bersih permintaan perjalanan [www.hmetro.com.my]
menggubah: aku dan kau ~ puisi demi mencari intisari suatu nilai erti; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
memberi minum susu kpd: binatang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut sering digunakan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dihitunglah segala kebaikan kejahatan mereka; aku ~ diriku sendiri tiap kali selesai solat; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT