Bahasa Rakyat
Add
Orang bersimpan baru dia basuh kaki
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai siamang kurang kayu
Susah hati
kerana tiada
apa
yang biasa
dipakai
sehari-hari
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing terpanggang ekor
Keadaan
terseksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai lepat dengan daun
Sangat
rapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di suruh pergi dipanggil datang yang buta disuruh penghembus lesung yang patah disuruh menunggu jemuran yang pekak di suruh mencucuh meriam yang berani dijadikan kepala lawan
Setiap
seseorang
itu
disuruh mengikut kebolehannya terutama di
dalam
kehidupan
sehari-hari
atau
majlis-majlis keramaian
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bau cekur jerangau ada lagi diubun-ubun sudah hendak berumahtangga
Orang
yang
belum
cukup umur
tetapi sudah
hendak
bernikah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Parang gabus menjadi (seperti) parang besi
Orang
yang lemah
menjadi
orang
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kambing di parak panjang janggutnya hati enggan banyak jawabnya
Orang
yang
tidak
mahu
melakukan
sesuatu
kerja dan
sentiasa
cuba
mengelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Perempuan itu langkah ular tidak lepas
Perempuan yang
tidak
baik
itu
akan dapat
melepaskan diri
dari keburukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ajar buaya berenang
Mengajar
orang
yang lebih pandai
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
39
40
41
42
43
[44]
45
46
47
48
[c] 2021 Petak Ajaib PLT