Bahasa Rakyat
Add
Seperti turus di tengah padang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah air yang penuh dalam tong itu berkocak melainkan air yang setengah tong itu juga yang berkocak
Orang
yang
banyak
bercakap
tanda
tidak
ilmu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah terang lagi bersuluh
Sudah tahu tetapi masih
bertanya
lagi; pura-pura walaupun sedar
itu
perbuatan
sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sambil berdiang nasi masak sambil berdendang biduk hilir
Dalam
suatu
waktu dua tiga
pekerjaan
diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mayat diangkat orang tiadalah bergerak
Orang
yang sangat daif dan
tidak
mempunyai daya
upaya
hanya
mengharapkan
pertolongan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang terpegang pada hulunya awak terpegang pada matanya
Orang
yang lebih berkuasa
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Zaman puntung berasap
Masa yang sudah lama
ke belakang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang takutkan harimau kerana kuku dan taringnya
Takut
kepada raja
atau
orang besar
kerana kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik menjadi ayam betina supaya selamat
Tidak
usah menunjukkan
keberanian
jika
mendatangkan
mudarat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak bergendang ke Sirukan perut kenyang emas boleh
Keuntungan
atau
kemurahan
yang diterima secara berlebih-lebihan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
38
39
40
41
42
[43]
44
45
46
47
[c] 2021 Petak Ajaib PLT