Bahasa Rakyat
Add
Umpama kayu buruk dek panas reput dek hujan
Keadaan
orang
yang
hina
lagi
tidak berdaya
upaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak jemu-jemu seperti ombak memecah antai
Tidak
berhenti
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sama naik bak gelombang sama turun bak ke pecong
Dua hal
atau
dua
kejadian
yang sama keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Murah terbelengut (terbeliut) bagai kukur timah
Sensitif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angin sorong buritan
Angin
yang sehala dengan
arah
perahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Timun pada dia pisau pada dia; hiris tebal tak siapa menegah hiris nipis tak siapa menyuruh
Orang
yang mempunyai kuasa
penuh
untuk melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malu bertanya sesat jalan malu berdayung (berkayuh) perahu hanyut
Orang
yang segan
bertanya
selalu
salah faham
dan sesat
dalam
pekerjaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilat di dalam kilau kabus di dalam hujan
Ada
maksud yang
tersembunyi
dalam
tutur kata
seseorang
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan raya besar di lautan; gerondong besar dikumbangan
Setiap
orang
berkuasa
ke atas
pejabatnya
atau
lapanganya sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT