Bahasa Rakyat
Add
Mendaki bukit sungai abu. Tiba di atas terlelap pula; bagaimana hati tak bersaru nampak janda dah elok pula
Terkenang
kepada isteri yang diceraikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Segan bertanya sesat di jalan segan berkayuh (bergalah) hanyut serantau
Orang
yang
tidak
mahu
belajar
selalu rugi
dalam
kehidupannya;
Kalau
segan
bertanya
akan
mendapat
kemajuan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Empat asal lima genap; dikendur berdenting-denting; ditegang berjela-jela
Adat
orang
yang
bijaksana;
bertutur
dengan
bertamsil;
berperangai jika dikerasi akan lembut lah ia; kita berlembut; keraslah ia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bergoncang tanda tidak penuh
Orang
yang
mengaku
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera di beri cermin
Tidak
tahu
menggunakan
apa
yang diterima.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gigi dengan lidah adakala bergigit juga
Orang
yang
berkasih-kasihan
atau
sanak saudara
berselisih
berbantah
sedikit-sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lanting menuju tampuk berkata menuju benar
Setiap
usaha
itu
ada
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mengkajang batu se pulau
Orang
yang
menanggung
nafkah
adik beradik
dan
saudara mara
isterinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti santan dengan tengguli (gula)
Dua hal yang
benar-benar
bersetuju.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Santan berlada
Seronok
tetapi
ada
pahitnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
37
38
39
40
41
[42]
43
44
45
46
[c] 2021 Petak Ajaib PLT