Bahasa Rakyat
Add
Seperti tebu airnya dimakan (ditelan) hampasnya dibuang
Tutur kata yang
hendak
dipilih:
baik
diambil dan buruk diketepikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa lagilah pemakan berulam bertemu pucuk
Tidak
menolak
sesuatu
yang disukai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semberip pahar hidangan ratu isinya sudah disisa hantu tidak disangka sampai begitu manikam boleh kehilangan mutu
Tidak
patut
isteri kepada
seorang
yang
berbangsa
dan
kaya
itu
menduakan
suaminya sehingga
merosakkan
nama baik
suaminya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kasihkan pinang sebatang dari pada aur serumpun
Sayang kepada
seseorang
lain
keluarga sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah terpijak benang arang hitamlah tapak
Orang
yang melanggar
hukuman
tetap akan bersalah;
Kejahatan
atau
kesalahan akhirnya diketahui
orang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika salah sebatang dicabut salah serumpun dibongkar salah separak dirambah
Perumpamaan
bagi
melakukan
hukuman
yang adil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cicak makan kapur
1.
Mendapat malu
kerana kesalahan
sendiri. 2.
Bersenang
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang di anak dilecuni (dilecuti) sayang di negeri ditinggalkan
Jika
sayangkan
anak
isteri hendaklah berpada-pada supaya
tidak
mendatangkan
masalah di
hari kemudian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tidak emas sepiak kerja di mana boleh jadi (layak)?
Orang
kaya
yang dapat
menyampaikan
apa
dimaksud.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulu besi sekarang timah
Orang
yang telah turun darjat
atau
pangkatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT