Bahasa Rakyat
Add
Seperti api makan sekam
Menyembunyikan
perbuatan
jahat.
; Rindu dan dendam yang
tidak
kelihatan. ;
Kejahatan
berlaku
dalam
diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibicarakan rumput dihalaman orang di halaman sendiri sampai ke kaki tangga
Nampak
salah orang
lain
tak
nampak
sendiri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah tidak dapat direjan-rejan
Kehormatan
tidak
dapat dipaksa-paksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beras basah ditampi tak berlayang diindang tak berantah hujung tiada disudu oleh itik
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air dicincang tidak akan putus
1.
Hubungan
keluarga
tidak
dapat diputuskan. 2. Perselisihan
saudara
akan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak tertikam tuah oleh berani
Tidak
dapat
mengalahkan
orang
berani jika
tidak
ada
tuah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masakan tawar air di laut itu kerana dicurahkan air tawar secawan ke dalamnya
Pertolongan
yang sedikit diberikan kepada
orang
sangat
bodoh
dan
miskin
tidak
boleh
menyenangkan
mereka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak yang payah membelah ruyung orang lain yang mendapat sagunya
Orang
lain
yang
berusaha
tetapi
orang
mendapat
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu yang besar jugalah yang bersakat
Orang
yang
kaya
itulah
juga
bertambah
kekayaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di sangkakan langit itu rendah dipandang dekat dicapai tak boleh
Sebelum
mencuba
sesuatu
pekerjaan
janganlah dikata senang
atau
suasah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT