Bahasa Rakyat
Add
Mencoreng arang di kening
Mencemarkan
nama baik
seseorang;
Memberi malu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memperdalamkan tempat jatuh memertinggikan bekas jatuh
Orang
yang menanbah-nambah kesahannya dengan sengaja sehingga hukumannya
atau
sengsaranya
bertambah
ataupun
makin
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengeletek-geletek bagai udang dalam tangguk
Melompat
kerana kesukaan;
Resah
gelisah;
Anak gadis
yang lincah perangainya; Mengada-ngada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memagar diri bagai aur
Orang
yang
tidak
bergaul dengan
orang
lain. ;
Hanya
memikirkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalong takkan dapat mengalangi peluru
Yang lemah
tidak
dapat
mengingkari
yang berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lambat laga asalkan menang
Biar lambat
mengerjakan
sesuatu
asalkan maksud sampai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mempercakapkan ular
Lebih
daripada
yang sebenarnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup sandar menyandar
Hidup
dengan damai dan
tolong
menolong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rugi menentang laba jerih menentang boleh
Mesti
bersungguh-sungguh
untuk
mendapat
apa
yang dikehendaki.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membuat kerja seperti Mak Ducai (Jujai)
Sesorang yang selalu menangguhkan
pekerjaan
kerana malas
atau
sibuk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT