Bahasa Rakyat
Add
Jangan memijak benang arang orang
Jangan
mencabul
kehormatan
rumahtangga
atau
anak bini
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingat-ingat yang di atas; yang si bawah akan menimpa
Orang
berkuasa hendaklah berlaku adil kerana jika tersalah
langkah;
orang
bawah
akan menentangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa kena cubitan dialah yang berasa sakit
Siapa yang
berbuat salah
dialah
menanggung
kesusahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan bertaulan kekayaan itu dengan kemiskinan maka tiadalah kekayaan itu berguna sekali-kali
Orang
kaya
perlukan
orang
miskin
untuk melakukan
berbagai
kerja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak dibemban bukan terung
Tidak
biasa dilayan
sesuka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muka berpandangan budi berkedapatan (kasih bagai selama juga)
Kalau
kita
bercampur
dengan
orang
itu
baru mengetahui tabiatnya;
Perbuatan
jahat
yang dilakukan
seseorang
lain
sesungguhnya
diketahuinya tetapi
tidak
dihiraukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat diserkup dengan serkap jarang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiadakah gajah dapat ke tangan manusia?
Walaubagaimana
gagah
sekalipun
seseorang
itu
ada
masanya dikalahkan
juga
oleh
orang
yang lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Udang tidak tahu akan bungkuknya orang tidak tahu akan hinanya
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam dapat musang pun dapat
Berjaya
menangkap
penjahat
dan barangnya
sekali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
36
37
38
39
40
[41]
42
43
44
45
[c] 2021 Petak Ajaib PLT