Bahasa Rakyat
Add
Merajuk pada yang kasih kalau hendak berbesar hati biarlah kepada orang
Kena pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau hutang akan berbayaran juga; tidak guna orang cerdik-pandai
Menyatakan
bahawa yang
cerdik
itu
dapat mempertahankan
salah
benar
buruk kelihatan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bagai orang berjudi menang mahu alah hendak berbela
Jangan
diharapkan sangat kepada
sesuatu
pekerjaan
yang telah dilihat
ada
celanya; baiklah ditimbang
atau
berhentikan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang beraja di hati
Tiada siapa yang melarang
kehendak
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang penggamang mati jatuh orang yang pending mati hanyut
Bersahabat
dengan yang
berilmu
takkan
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kaya jangan dihutangi orang lepas nikah jangan ditandangi
Jangan
menyusahkan
orang
yang baru
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang kenyang kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekalipun berkata tawar juga
Orang
yang
tidak
mahu
sesuatu
kita berikan walau
indah
sekalipun
dipedulikan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bagai orang berjudi senang alah hendak membela
Perbuatan
negatif
tentu merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak yang celaka orang yang diumpat
Sendiri yang
salah
tetapi
orang
lain
dituduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang di dahi
Mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT