Bahasa Rakyat
Add
Lalang tak dapat menghalangi peluru
Orang kecil
tidak
dapat menahan
kehendak
orang
berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepala disorokkan tetapi punggung kelihatan
Tidak
pandai menyembunyikan rahsia diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Penang dibelah kapak
Sama-sama
tidak
cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disangkakan kapal besi tak masuk guri (limbungan)
Tidak
boleh
disangkakan
sesuatu
yang teguh
itu
tidak
binasa tetapi
ada
juga
masanya
menjadi
rosak dengan mudahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena batang hidung (sendiri)
Kesusahan
yang menimpa diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cepat tangan terjembakan; cepat kaki terlangkahkan; cepat mulut terkatakan
Jika kita
tidak
berfikir
dan menimbang
sesuatu
perkara
kemungkinan
akan
mendapat
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau si tua (harimau) menunjukkan belangnya tentu kambing bertanggungan
Pertandingan
yang
tidak
sebanding;
Orang
kuat melawan
orang
lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dibangunkan kucing tidur
Jangan
diganggu musuh yang diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gar-gar kata gelegar; rasuk juga yang menahannya.
Kita
tidak
boleh
mengikut
orang
yang suka
memboroskan
wang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pantang kutu dicukur pantang manusia dihinakan
Kita mestilah
bercakap
dengan
hemat
dan
cermat
jangan
sampai
orang
merasa
terhina
kerana tiada siapa yang
rela
diperlakukan
sebegitu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT