Bahasa Rakyat
Add
Menerima panjang tangan menghulur sekali belum
Orang
yang tamak
mahu
pemberian
orang
tetapi
tidak
memberi
juga.
; Selalu menerima segan memberi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak puji yang mengenyang tak umpat yang membunuh
Jangan
mengharap
pertolongan
orang dalam
sesuatu
usaha
dan
jangan
takut
kepada
umpat
keji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Aku alah engkau tak menang
Orang
bodoh
yang
tidak
mengakui
kekalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai menyipat tidak pandai menarah
Pandai
menyuruh
tidak
pandai
membuat
kerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mengaruk tiada berkuku
Tidak
mempunyai
alat
atau
kuasa untuk melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kucing menyembunyikan kuku terlihat panggang berubahlah laku
Pura-pura
baik
sehinggalah bertemu dengan
apa
yang disukainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak mengepal pasir kering
Membuat
sesuatu
pekerjaan
yang sukar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dengan tangan terbuka
Dengan
senang hati
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kera bila kena belacan sangat gelisah kerana hendak menghilangkan bau belacan itu
Orang
yang
dalam
keadaan
gelisah;
tidak
tahu
duduk diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT