Bahasa Rakyat
Add
Bagai pasir di tepi pantai tatkala timpas air bolehlah dibahagikan
Tidak
boleh
menyatakan
kebenaran
kita kepada raja-raja
atau
orang
besar-besar yang sedang di
dalam
marah melainkan
sabar
dan
kurang
marahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak lalu dandang di air (ke gurun ditanjakkan) di gurun ditajakkan juga
Sehabis
ikhtiar
untuk
menyampaikan
maksud.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguh kawat yang dibentuk ikan ditebat yang diadang
Dalam
pekerjaan
yang
lahir
ada
niat
tersembunyi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah harimau di hutan hendak diburu; pijat-pijat di bantal tak dapat diapakan
Kejahatan
orang besar
dan lebih kuat
hendak
dipadamkan;
kejahatan
anak buah
sendiri di rumah
tidak
dapat
hukum.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Celaka malang berayam; padi masak makan ke hutan
Sesuatu
yang dilakukan
hampir
sempurna tetapi
terpaksa
ditinggalkan kerana
kemalangan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Redup di langit tanda akan hujan
Ada alamat
barang sesuatu
akan
terjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta dapat kamera
Dapat
barang
berharga
tapi
tidak berdaya
menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di reban sendiri melegas di reban orang meromok
Orang
yang menunjukkan kegarangannya di
tempat
sendiri tetapi
lain
menikus
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa gunanya bunga di taman jika tidak diserikan kumbang
Apa
guna
anak
perempuan
kalau
tidak
dikahwinkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik dimandikan tak kan basah
Orang
yang
sememangnya
degil
tidak
akan menerima
ajaran
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT