Bahasa Rakyat
Add
Kelapa tebal sabut terhempas ke batu tak pecah dibuang ke laut tak tenggelam
Kalau
ramai
anak
cucunya dikasihi
kaum keluarga
suka menolong
hidup
tentu selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air keruh limbat keluar
Mencari keuntungan
bila
orang
lain
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cincin mata tiga
Cincin
tiga biji
permata
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai belut digetil ekor
Sangat pantas; Mudah dan tepat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak tersorong ke banir
Perbuatan
yang sudah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak kambing rega serial
Kelakuan yang
tidak senonoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama sirih; menjalur dahulu kemudian melilit sudah melilit baharulah memanjat ke puncak junjung
Semua kerja hendaklah dilakukan mengikut tertib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jejak selut kaki terbenam
Membuat
sesuatu
pekerjaan
yang diketahui akhirnya akan
mengecewakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air besar sampan tak hanyut
Apa
yang diharap
tidak
berlaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi buah bibir
Sesuatu
yang sudah berlaku dan telah selesai tetapi dibangkitkan
semula;
Selalu dicakapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT