Bahasa Rakyat
Add
Seperti unta menyerahkan diri
Menyerah diri
dengan tulus
ikhlas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama pisau di tangan kanan mentimun di tangan kiri
Orang
yang berkuasa
itu
dapat melakukan
apa sahaja
ke atas
orang
dikuasainya mengikut
sesuka
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja dengan menteri
Dua
orang
yang
sentiasa
bersetuju
antara
satu
dengan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada khabarkan diri
Pengsan. ; Tiada
sedarkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sirih berlipat datang sendiri
Mendapat
orang
yang dicintai dengan mudah. 2 Dapat
untung
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tembaga menunjukkan senam besi menunjukkan karat (keris menunjukkan pamur manikam menunjukkan cahayanya)
Sifat menunjukkan
jenis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat dunia balas membalas syariat palu memalu
1. Yang
baik
dibalas yang
jahat
jahat.
2.
Hidup
saling
tolong
menolong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah bunuh memberi balas salah cincang memberi pampas
Kesalahan
harus
dihukum mengikut kadarnya
atau
menurut
adat yang telah ditetapkan. ;
Hukum
bunuh
untuk
membunuh;
melukai
wajib
didenda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sembahyang mencari akal rukuk mencari kira-kira
Tentang
orang
yang rupanya
soleh
tetapi hatinya
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Orang
yang
menceritakan
keburukan
keluarganya
atau
saudara
maranya akhirnya dia sendiri
mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT