Bahasa Rakyat
Add
Tandang ke surau
Berkunjung dan
bermalam
semalam
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Neraca yang palingan bungkal yang piawai
Hakim yang adil timbangannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang jauh diulangi hutan dekat dikendana
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rambut ditarik jangan putus tepung pun jangan terserak
Membuat
sesuatu
dengan
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sawah berpematang ladang berbintalak
Tiap-tiap
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan
ada
batasnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam putih terbang siang hinggap di kayu merasi bertali benang bertambang tulang
Perkara
yang
nyata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan hidang sampai ke lutut
Orang
yang
tidak
mahu
berusaha
tetapi mengharapkan
kesenangan
sampai kepada dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhanyut dipintasi lulus diselami hilang dicari
Menolong
orang
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan sama getah daun dengan getah batang
Kasih sayang
terhadap
anak
sendiri
tidak
akan sama dengan
saudara
yang
ada
dalam jagaan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kusut hujung dengan pangkal kerana salah memulai
Kerana
salah
memulai
sesuatu
pekerjaan
maka
tidak
selamat kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
4
[5]
6
7
8
9
[c] 2021 Petak Ajaib PLT