Bahasa Rakyat
Add
Adat pasang berturun naik
1.
Ada
masa senang
ada
susah.
2. Semua
perkara
di
dunia
tidaklah tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah dapat gading bertuah terbuang tanduk kerbau mati
Sudah
mendapat
barang
yang baru lama dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bulan dengan matahari
Sama-sama cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan itu anak kunci bagi pintu kebajikan dan kekayaan itu penutupnya
Kalau
susah
kuat
berusaha
bila
kaya
malas
belajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tembilang bagai penggali bagai yang hilang begitu pengganti
Yang
mengganti
lebih
baik
daripada
yang
menghilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apakah guna bulan terang di hutan jikalau dalam negeri alangkah baiknya?
Tidak
ada
gunanya jika
kepandaian
itu
disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang memelihara dirinya di dalam sarang lebah
Susahnya menentang musuh yang
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti si kudung mendapat cincin
Orang
yang
mendapat
benda
berharga
tetapi
tidak
tahu memanfaatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiadakah gajah yang begitu besar diam di dalam hutan rimba itu dapat ke tangan manusia
Tidak
boleh
kita
berpegang
sangat pada kekuatan
atau
kekayaan
kerana
apa
yang berlaku
itu
menurut
kehendak
Allah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang selancaran alu atap yang berjahit bendul bertekan
Perkauman
yang
dekat
menurut
adat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
35
36
37
38
39
[40]
41
42
43
44
[c] 2021 Petak Ajaib PLT