Bahasa Rakyat
Add
Bagai kerbau runcing tanduk
Orang
yang sudah
terkenal
sifat kejahatannya jika
ada
orang
lain
berbuat jahat
dia
juga
disangka melakukannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malam berlanting buluh pecah
Bersusah
payah menyelamatkan diri dan
kemudian
mengharapkan
pertolongan
dari
orang
lain
tetapi sia-sia kerana yang diharapkan
itu
lebih teruk keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana batang manau seribu kali empat haram tak putus
Sangat kuat dan teguh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tembikar pecah satu pecah semua
Masyarakat
yang
hidup
bermuafakat
bila
orang
mendapat
susah
lain
turut
merasakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Luka itu sembuh parutnya tinggal juga
Sungguhpun
orang
yang
berbantah
sudah
berdamai
kembali tetapi kerana
perbuatan
mereka
itu
akan
sentiasa
diingati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti buah kedempung; di luar berisi di dalam kosong
Orang
bongkak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kambing dihalau ke air
Orang
yang
susah
diajak melakukan
sebarang
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kambing diseret ke air
Orang
yang culas
dalam
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi Mat Janin
Membuat
angan-angan kosong
hingga
melekakan
diri
daripada
berbuat
sesuatu
yang lebih memberi
faedah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai puyuh laga
Orang
yang
bertengkar
tidak
berhenti-henti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT