Bahasa Rakyat
Add
Yang terpelanting yang akan dipilih; yang terserak tidak di kampung lagi
Yang akan
terbuang
sia-sia
harus
dijaga;
tetapi
bila
ada
kerja yang perlu
jangan
kedekut mengeluarkan belanja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti api makan lalang kering tiada dapat dipadamkan lagi
Berlaku
dalam
diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sentosalah ia kelak yang mengambil peringatan bagi dirinya akan kesilapan dan kesusahan taulan-taulannya
Kalau
selalu
waspada
akan selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil
Jika kita tersalah biarlah dihukum
oleh
raja
atau
ditegur
orang
berilmu
jangan
dianiaya kecil-kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai udang dalam tangguk
Orang
yang melompat-lompat kerana kesukaan; Mengeletek-geletek kesukaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pelanduk yang dekat ditinggalkan rusa yang jauh dikejar itupun tidak dapat
Mengharapkan
untung besar
yang
ada
dibuang kedua-dua
tidak
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu jadikan tabib kamu itu waris bagi harta kamu
Jangan
percaya kepada
orang
yang
ada
pertentangan kepentingan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Manusia itu menjadi seteru akan barang yang jahil mereka itu
Orang
bodoh
akan menyalahkan
perkara
yang
tidak
diketahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berorang di air (rumah)
Perempuan yang
belum
pernah
bersuami
tetapi tiada gadis lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bala itu satu ia bagai orang yang sabar dan dua ia bagai orang yang dukacita
Kalau
sabar
kita
hanya
menanggung
malang
kalau
berduka
dan
kedukaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT