Bahasa Rakyat
Add
Langit yang tinggi hendak ditampar bumi yang dipijak tak dapat dicapai
Orang
yang berhajatkan
sesuatu
tinggi
atau
menjadi
ketua
tetapi pangkat rendahpun
tidak
dapat disandangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angus tiada berapi karam tiada berair
Menderita
kerana ditinggalkan
kekasih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seekor kerbau berkubang (sekandang kena loloknya) semua kena Lumpur
Seorang
yang
berbuat jahat
semua kawannya
beroleh
cela.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi
Bagaimana
kita beringat
ada
masanya terlalai dan
membuat
silap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telaga kering hilanglah timba
Negeri
yang telah
hilang
kemakmurannya ditinggalkan
oleh
pedagang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hempas tulang tak berbalas jasa
Berpenat lelah
tetapi
tidak
mendapat
faedahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga
Sesuatu
perkara
atau
pekerjaan
yang telah tentu
itu
janganlah digaduhkan sangat hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adat dagang tahan tawar
Peniaga
tidak
boleh
marah
bila
pembeli tawar
menawar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah lidah alamat (kan) kalah patah keris alamat (kan) mati
Jika
tidak
pandai
bercakap
dalam
sesuatu
perkara
tentu akan kalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menunggu ara tidak bergetah
Mengharapkan
sesuatu
yang
tidak
mungkin
dapat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
34
35
36
37
38
[39]
40
41
42
43
[c] 2021 Petak Ajaib PLT