Bahasa Rakyat
Add
Di luar merah di dalam pahit
Di
luar
nampak
baik
tetapi di
dalam
jahat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kejap bagai pelita akan padam
Pujian
kepada perempuan yang manis pandangannya dan
kejap
matanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang
Seseorang
raja tentulah akan mengutamakan
perkataan
pembesarnya
daripada
orang
kebanyakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mandi di telaga tepi jalan bersunting bunga tahi ayam
Lelaki yang suka perempuan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tabuh meminang anak labah-labah
Jodoh
yang
tidak
sepadan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kecil api menjadi kawan besar dia menjadi lawan
Orang
jahat
jangan
dibuat
kawan;
Kejahatan
yang sedikit dibiarkan hendaklah
segera
dipadamkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pagar makan padi (tanaman)
Orang
yang dipercayai
membuat
khianat; diharapkan akan menolong kita telah
menjatuhkan
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pergi ke pulau batu digalas
Sengaja
cari susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika kerana sebuah dusun maka binasa negeri haruslah dusun itu dibuangkan
Orang
yang
menyebabkan
kekacauan
hendaklah disingkirkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang semenda tempat semenda jika cerdik teman berunding jika bodoh disuruh arah tinggi banir tempat berlindung rimbun daun tempat berteduh
Perbilangan
ini menerangkan tentang tiap-tiap lelaki yang berkahwin akan
terikat
tali persaudaraanya dengan keluarga isterinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT