Bahasa Rakyat
Add
Hendak harum terlalu hangit
Orang
yang suka
meninggikan diri
akhirnya
jatuh
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takut-takut berani
Bimbang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan didengarkan siul ular
Jangan
pedulikan
tipu
muslihat musuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerja baik dilekas-lekaskan jangan ditimpa kerja buruk
Pekerjaan
yang
baik
hendaklah disegerakan kerana ditakuti ditimpa halangan-halangan buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti itik mendapat air
Orang
yang
gembira
kerana
mendapat
apa
dihajatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah terkalang (tergalang)
Tidak
dapat
membantah
atau
menolak
sesuatu
permintaan
orang
kerana telah
terhutang budi
kepadanya hal
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terang boleh tabur manik pun
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lama hidup banyak dirasa
Lama
menjalani
hidup
banyak
dialami.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup tidak kerana kaul mati tidak kerana sumpah
Ajal
maut di tangan Tuhan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayangkan titik tak sayang(kan) tumpah
Si
bodoh
yang kedekut
itu
takut
akan rugi sedikit tetapi
tidak kira
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT