Bahasa Rakyat
Add
Berbuat di alang tahun berlayar di luar musim
Mengerjakan
sesuatu
tidak
ikut
masa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak sudah seluang melaut balik dia ketepi jua
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si buta pergi bergajah
Pekerjaan
yang sia-sia
tidak
dapat dilakukan kerana
kekurangan
ilmu
dan
cacat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muafakat lalu dalam gelap adat lalu di tengah terang
Berpakat
untuk
bekerja
dan
ikut
aturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau guru makan berdiri maka murid makan berlari
Murid
mencontohi
perbuatan
guru
terutama yang
negatif
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak kaya berdikit-dikit; nak ramai bertabur urai
Pandai berjimat akan
kaya
suka besedekah
membawa
tuah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti anjing makan masak mentah
Orang
tamak yang
tidak
tahu
membezakan
perkara
baik
dengan
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Benarkan duduk diserambi hendak merajalela di tengah rumah
Orang
yang telah diberikan sedikit
hajat
kemudian
berkehendakkan
lebih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sementara dapat rotan akar pun berguna (tidak ada rotan akar pun berguna)
Sementara
mendapat
orang
yang pandai
ada
sedikit
kepandaian
pun
boleh
dipakai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas
Siapa yang
membuat
kesalahan dialah sendiri
menanggung
akibatnya.
; melakukan akan
terasa
bersalah
bila
orang
lain
menyindir
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT