Bahasa Rakyat
Add
Kalau engkau bukan sejenis garam yang dapat membaiki ikan yang busuk janganlah engkau menjadi seekor langgau hijau yang menaburkan kuman dan najis
Sekiranya
seseorang
itu
tak dapat
membaiki
sesuatu
perkara
maka hendaklah ia
jangan
jadi
perosak
dan
mendatangkan
berbagai-bagai
fitnah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi
Sudah
mendapat
barang
yang baru lama dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang memelihara dirinya di dalam sarang lebah
Susahnya menentang musuh yang
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Susu di dada tidak dapat dielakkan
Nasib
tidak
dapat dielak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ketika ada jangan dimakan telah habis (tiada) maka dimakan
Apabila
ada
kerja
jangan
diganggu simpanan
apabila
tidak
barulah digunakan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seorang kaya yang tamak itu seumpama lautan yang merasa dahaga pula
Orang
kaya
yang tamak selalu berasa dirinya
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rezeki jangan ditolak
Untung
jangan
dibiarkan terlepas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si Jimban hendak hilir
Orang
yang
lengah
atau
lembab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar itik berenang
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Secupak tidak boleh jadi segantang
Jikalau
ajal
telah sampai
tidak
dapat disambung lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT