Bahasa Rakyat
Add
Sambil berdiang nasi masak sambil berdendang biduk hilir
Dalam
suatu
waktu dua tiga
pekerjaan
diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk meliang penjahit keluar meliang tabuh
Pendapatan
kecil
belanja besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal rongkongan akan berair.
Asal ada
usaha
pasti
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rebut rampas bertanda beti
Tiap-tiap kesalahan
baharu
dijatuhkan hukumannya
setelah
cukup
keterangan kedua-dua
belah
pihak dan diketahui buktinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Masuk bagai lubang penjahit keluar bagai liang tabuh
Belanja lebih
besar
daripada
pendapatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tangguk rapat keruntungan bubus
Suami
isteri yang
tidak
sefahaman.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau nak geneng di tepian bawa labu kecil liang rasakan penuh ditumpahkan
Orang
yang
hendak
memperlihatkan ketinggian diri kepada
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si buta (jolong nyalang) baharu celik (melek)
Sombong
kerana baru
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pencalang tersarat tak ke timur tak ke barat
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar sebab balutan kulit ada di batangnya.
Orang
yang
baik
bersubahat
dengan
jahat
akhirnya akan binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT