Bahasa Rakyat
Add
Sepuluh jong masuk labuhan anjing bercawat ekor juga
Tidak
mahu
berubah
walaupun telah
banyak
perubahan
berlaku disekelilingnya;
Orang
yang
tidak
menghiraukan langsung hal disekelilingnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk dan umbut tiada laut baru dibaham
Sesuatu
yang
kurang
berguna
bila
tiada
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kutu mati di atas kepala; tuma mati di tepi kain
Biar mati di
tempat
mulia
kerana
membuat
pekerjaan
yang
baik
jangan
hina
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai abu di atas tunggul
Sesuatu
yang tetap kedudukannya; mudah dihembus
angin
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak basah paruh pipit
Air yang
amat
sedikit
atau
cetek.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ditelan termengkelan nak diluah (diludah) tak keluar
Keadaan yang
serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Patah dikempas sumbing dititik hilang diganti
Terus menerus selalu
ada
gantinya (yang mati
atau
hilang
diganti yang
lain).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai memakai baju dipinjam (sempit)
Perbuatan
yang
tidak
sesuai
dengan diri sehingga
nampak
canggung;
Perbelanjaan
melebihi
pendapatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagi luak lagi nasi lagi tongkat lagi senjata
Orang
yang
mendapat
dua
pertolongan
dalam
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laut yang di tembak darat yang kena
Lain
yang dimaksud tapi
lain
diperoleh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
33
34
35
36
37
[38]
39
40
41
42
[c] 2021 Petak Ajaib PLT