Bahasa Rakyat
Add
Gajah berak besar; (pelanduk) kancilpun hendak berak besar; (akhirnya mati kebebangan)
Orang
miskin
yang
ingin
meniru
kehidupan
orang
kaya;
akhirnya akan
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harapkan si untung menggamit kain di badan didedahkan
Orang
yang
tidak
mahu
berusaha
tetapi mengharapkan
kesenangan
sampai kepada dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang di kening
Mendapat malu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan tahi sahaja di dalam perut kita
Mustahil
manusia langsung
tak ada
fikir
untuk
berjaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena batang hidung (sendiri)
Kesusahan
yang menimpa diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Retak tanda (menanti mencari) akan pecah (belah)
Menanti
masa
membalas dendam;
Suatu
perselisihan yang
mungkin
menimbulkan
perkelahian
atau
memutuskan
persahabatan;
Orang
tersangat
sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal terbang burunglah asal berenang ikanlah
Tidak memilih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak monyet di hutan disusui anak sendiri di rumah kekeringan
Mengutamakan urusan
orang
lain
daripada
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan ada katak beranakkan ular
Si
pengecut
tidak
akan
menjadi
berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu dikatakan batu dan (langit hendak dicapai dengan tangan)
Orang
yang
kurang
siuman..
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT