Bahasa Rakyat
Add
Kemahiran yang diperoleh dengan penat lelah itu sebaik-baik guru
Jika selalu
membuat
sesuatu
kerja maka makinlah
bertambah
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berbau telunjuk saya
Tidak
percaya tentang
sesuatu
cerita
atau
perkhabaran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik tidak bertangga; turun tidak berpintu
Datang
untuk berlaku curang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika diturut hati yang geram hilang takut timbul berani
Sepenakut-penakut
orang
apabila
naik
panas
hatinya
jadilah
dia berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada laut yang tidak berombak
Tidak
ada
pekerjaan
yang
tidak
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum beranak sudah ditimang
1.
Angan-angan. 2.
Sesuatu
pekerjaan
belum
jadi tetapi sudah ditawarkan; Sudah dikira-kira keuntungan yang tentu diperoleh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mata tahu memandang sahaja bahu juga yang tahu beratnya
Menyuruh
arah
memang
senang yang teruk mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bukan air muara yang ditimba sudah disauk dari hulunya
Bukan
hanya
khabar
bohong
tetapi
berita
yang
berasal
dari sumbernya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akal seperti makan nasi lecek.
Fikiran
seperti kanak-kanak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT