Bahasa Rakyat
Add
Bagai anjam dimakan tungau
Seseorang
yang pucat rupanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kambing keramat
Orang
yang ditakuti akan melakukan
sesuatu
dengan sewenang-wenangnya ;
Pengacau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik berenang di air kehausan; ayam di kepuk padi kelaparan
1.
Orang
yang
bersuamikan
atau
beristerikan
orang
kaya
tetapi
melarat
hidupnya. 2.
susah
di
negeri
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minyak dengan air adakah bercampur
Orang
yang bermusuhan
atau
tidak
sehaluan
mustahil
dapat bergaul
menjadi
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siap bakar berpuntung suluh
Setiap
perkara
yang
hendak
diterangkan hendaklah disertai dengan keterangan yag
cocok
kejadian
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tabut keling di luar berkilat di dalam berongga
Orang
yang pandai memperdaya dengan kata-kata manis bermuka-muka; kelihatan
baik
pada lahirnya tetapi di
dalam
hatinya
jahat; Mulut
hati busuk
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap berlauk-lauk; telinga tidak bertindik
Berlagak
kaya;
tapi
miskin
dan
bodoh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cincin emas tak kan tampan bermata kaca
Gadis yang
elok
dan
hartawan
takkan
hendak
dijodohkan dengan
orang
miskin
bodoh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beting dipalu ombak
Hidup
yang
tidak
aman
sentiasa
disusahkan
oleh
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Teleng bagai cupak hanyut
Orang
yang
berjalan
melonjak-lonjak kerana suka
atau
sombongnya
tidak
tahu
kekurangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
32
33
34
35
36
[37]
38
39
40
41
[c] 2021 Petak Ajaib PLT