Bahasa Rakyat
Add
Hujan tidak sekali jatuh simpai tak sekali erat
Keuntungan
atau
bahagia
tidak
datang
sekali. ;
Barang sesuatu
kerja dapat disudahkan sekaligus tetapi beransur-ansur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang kena cubit itulah yang merasa sakit
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bangsat tidak tahu disukarnya
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makin banyak ombak makin banyak niat
Lain
orang
lain
perangainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah tidak bertulang salah petik jiwa hilang
Bercakap
lebih mudah
daripada
membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dibakar tidak hangus direndam tidak basah dijemur tidak lekang dipancung tidak putus
Orang
yang
degil;
Tidak
mengubah
kata-kata telah dituturkan; Tiada dapat dipengapakan
seseorang
keras
atau
terlebih berkuasa
daripada
kita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai meludah ke langit muka juga yang basah
Melawan
orang
yang
tidak
akan melawan; lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Karam di laut boleh ditimba karam di hati (sedih sekali) bilakan sudah
Kesedihan
orang
yang
dalam
kesusahan
kerana
kematian
kekasih
lebih
daripada
kesedihan
kehilangan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Haram tak apa-apa
Tidak
jadi
apa-apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keris (dan) pedang tiada tajam lebih tajam mulut manusia
Mulut manusia sangat
berpengaruh
dan
boleh
membinasakan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
31
32
33
34
35
[36]
37
38
39
40
[c] 2021 Petak Ajaib PLT