Bahasa Rakyat
Add
Kena pada ikan bersorak kena pada batang masam
Ketika
untung
bergembira ketika rugi marah-marah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak ditelan termengkalan nak diludah (luah) tak keluar
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berunding dengan tunggul
Bercakap
dengan
orang
yang mendiamkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa cerdik tinggi naik siapa calap(calak) menang berhitung
Orang
yang pandai
berkata-kata
meskipun dia
salah
atau
tidak
tapi kerana memutar
belit
akhirnya
orang
percaya
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pawang memecahkan timba
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Leka di kerak jarang kuku habis perut tak kenyang burung terbang dipipiskan lada
Kerja yang merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah mengoncang girik
Sangat tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tandang ke surau
Berkunjung dan
bermalam
semalam
dua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika sengaja hendak bercekak pinggang tinggallah rebana beralih ke gelanggang tak tahu pipit tak tahu enggang yang rapat kelak menjadi renggang
Jika sengaja mencari
pergaduhan
hilang
kemanan
di sana
tiadak
ada
lagi
sahabat karib
keluarga
kehormatan
dan sebagainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sawah berpematang ladang berbintalak
Tiap-tiap
sesuatu
pekerjaan
atau
rundingan
ada
batasnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
31
32
33
34
35
[36]
37
38
39
40
[c] 2021 Petak Ajaib PLT