Bahasa Rakyat
Add
Seperti ludah dijilat kembali (balik)
Orang
yang telah dicaci dipuji
balik.
; sudah tinggal diambil kembali misalnya isteri
atau
pekerja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kijang dirantai dengan rantai emas jikalau terlepas lari juga ia ke hutan
Walau
bagaimana
mewah
perantau tetap
ingin
pulang
ke
negerinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak birah dengan keladi
Dua
orang
yang sama tampan dan kacak tetapi sifatnya sangat berlainan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada raja yang menolak sembah
Jarang
ada
orang
yang
tidak
suka menerima
pemberian
dan
kehormatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan berebutkan tembikar pecah
Jangan
sampai
berkelahi
kerana berebutkan perempuan jalang
padahal
tidak
layak dibuat isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nampak gabak di hulu
Ada
tanda-tanda
sesuatu
akan
terjadi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kukur apa kepada kukur nyiur juga yang binasa
Orang
di atas senang
menyuruh
orang-orang
bawah;
yang
kena
suruh jugalah penat
susah
rugi
atau
binasa; Usahlah kita mendengarkan
perkataan
orang dalam
pekerjaan
membesarkan
belanja.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang di mana ditiup angin di situlah dia condong
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selera bagai taji tulang (lemah) bagai kanji
Orang
yang
bodoh
dan malas tetapi
makan
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tong yang kosonglah selalu berkocak
Orang
yang
kurang
berpengetahuan
selalu
bercakap besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT