Bahasa Rakyat
Add
Kaki tertarung inci (inai) padahnya mulut terdorong emas padahnya
Orang
yang
tidak
memelihara dirinya selalu
mendapat
kesusahan;
Perkataan
jahat
terbit
dari
lidah
seseorang
menyebabkan
ia akan menerima
hukuman
atau
membayar
denda;
Janji
wajib
ditepati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kapur di hujung telunjuk
Orang
yang
tidak
dapat melakukan
sesuatu
pekerjaan
dan menolong
saudara mara
dalam
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Intan dikalungkan ke leher anjing
Memberi
nasihat
yang
baik
kepada
seseorang
tidak
layak menerimanya;
atau
mahu
menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan berlumba
Kawan
yang
menjadi
saingan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang masak separak
Sebuah
keluarga yang
hidup
berbahagia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lautan madu berpantaikan sakar
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik berebut tembolok
Bergaduh
kerana
berebut
perkara kecil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam hitam gajah: putih putih udang kepai
Yang
hina
itu
juga
walau
elok
rupanya yang
hodoh
tetap
mulia
walaupun
macammana pun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pada pecah periuk biarlah tumpah nasi
Rasa
timbang rasa
masyarakat
terhadap
masalah menyelamatkan
jiwa
ibu
dan
anak
kecilnya
apabila
ditimpa
kesusahan
di masa bersalin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti (embacang) bacang buruk kulit di luar buruk dalam manis
Orang
yang kelihatan
tidak
pandai tetapi
sebenarnya
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT