Bahasa Rakyat
Add
Orang takutkan harimau kerana kuku dan taringnya
Takut
kepada raja
atau
orang besar
kerana kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Untung sero
Keuntungan yang diperoleh
dalam
perusahaan dan keuntungannya dibahagi-bahagikan kepada pemegang
saham.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika pandai menggunting hendaklah pandai menjahitnya
Jika sudah dimulai
membuat
sesuatu
kerja hendaklah dibuat sampai sudah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalah jadi abu menang jadi arang
Dalam
sesuatu
pergaduhan
kalah
atau
menang sama
saja
iaitu
kedua-dua pihak rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Leka di kerak jarang kuku habis perut tak kenyang burung terbang dipipiskan lada
Kerja yang merugikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta membilang bintang di langit
Mustahil;
Membuat
kerja yang sia-sia; Tiada
berguna
melihat
sesuatu
kita
tidak
mengetahui
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menupang pisang yang tak berbuah
Mengerjakan
sesuatu
yang
tidak
akan memberi
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjandang lukah tiga berat tidak seberapa rintanganya yang lebih
Pekerjaan
walaupun
tidak
berat
tetapi sukar untuk melakukannya seberapa hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berunding dengan tunggul
Bercakap
dengan
orang
yang mendiamkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lain yang bengkak maka yang bernanah lain; lain untut yang mengisut lain
Yang
salah
lain
yang
kena
hukum
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
30
31
32
33
34
[35]
36
37
38
39
[c] 2021 Petak Ajaib PLT