Bahasa Rakyat
Add
Terpijak benang arang hitamlah tapak
Jika
berbuat jahat
jahatlah balasannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak tahu jahat orang (teman) tanyakan seteru. Nak tahu baik orang (teman) tanyakan sahabat
Kalau
hendak
mengetahui
jahat
kelakuan
seseorang
tanyalah kepada
orang
yang membencinya dan
bertanyakan
baik
tanyakan sahabatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum tegak hendak berlari
1.
Membuat
pekerjaan
belum
sampai masanya. 2. kerja
tidak
mengikut
tertib. 3.
Belum
berjaya
sudah bergirang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan puntung berasap jua
Perselisihan
atau
perkara
yang telah damai putus
jangan
ada
juga
ekornya supaya keadaan
tenang
kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang berdendang di pentasnya (orang beraja di hatinya)
orang
yang
tidak
boleh
dihalang kehendaknya;
kehendak
mengikut
nafsu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang makan nangka awak kena getahnya
Lain
yang
salah
lain
kena
tuduh
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kekayaan kamu yang tidak menyenangkan kamu itu sepertilah ia rumah besar yang tiada beratap
Kaya
belum
tentu
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalah jadi abu menang jadi arang
Dalam
sesuatu
pergaduhan
kalah
atau
menang sama
saja
iaitu
kedua-dua pihak rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak panjang terlalu (jadi) patah
Hendak
terlalu
meninggikan diri
jadi
jatuh;
hendak
mulia
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
29
30
31
32
33
[34]
35
36
37
38
[c] 2021 Petak Ajaib PLT