Bahasa Rakyat
Add
Baik berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara
menantikan
pekerjaan
tetap yang lebih
baik
eloklah
membuat
kerja
lain
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Baik putih tulang jangan putih mata
Lebih
baik
mati dari
menanggung malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hutang berturut cagar bergadai cincang pampas bunuh beri balas
Perbilangan
ini
menjadi
satu
aturan
adat berkaitan
orang
yang
berhutang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena kecipak orang berbelut
Orang
yang
terbelit
dalam
kesusahan
orang
lain
padahal
dia
tidak
berdosa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gading dilarik
Wajah yang cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepanjang tali beruk
Pidato
atau
doa-doa yang panjang
hingga
membosankan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk berkurung siang malam
Tidak
keluar dari rumah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepantung elang dengan ayam lambat laun disambar juga
Kalau
dekat
mudah menimbulkan
perkara
negatif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti gagak pulang ke benua
Orang
yang
pulang
dari merantau tetapi
tidak
ada
perubahan
ke atas
dirinya. ;
Rasa
gembira
seseorang
kerana dapat kembali
tempat asal
dan akan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Che puan melangkah ular terlepas
Perempuan yang
lemah lembut
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT