Bahasa Rakyat
Add
Kalau menampi jangan tumpah padinya
Kalau
memilih
sesuatu
barang
janganlah sampai yang
berguna
dibuang; Jikalau
bekerja
dengan
baik-baik
jangan
mendapat
rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhudang di sebalik batu
Ada
tujuan
yang
lain
disebalik
perbuatan
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Disangka panas sampai petang kiranya hujan di tengah hari
Disangkakan
hidup
akan senang
selamanya
tetapi dipertengahan umur
mendapat
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi hujung lidah sahaja
Orang
yang
menyampaikan
bicara
seseorang
dalam
sesuatu
kerapatan
atau
perhelatan kepada
rapat
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sirih pulang ke gagang
Benda
yang
kena pada tempatnya.
;
Suami
isteri telah bercerai berbaik
semula.
Persetujuan
sama dengan
tidak
diukur
tiba-tiba
jadi
sesuai.
Orang
balik
daripada
merantau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mata belalang belum pecah sudah hendak membuta
Orang
yang sangat lekas
mahu
tidur
setelah
hari
malam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum tahu lagi ayam sedang berlaga
Belum
tahu siapa menang
atau
kalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada padi yang bernas setangkai
Tidak
ada
sesuatu
yang
berguna
kesemuanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Untung sepanjang jalan malang sekejap mata
Untuk
berjaya
sangat sukar untuk
gagal
mudah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bulat datang berguling; yang pipih datang melayang; yang jauh menjadi dekat
Keuntungan
atau
kemewahan
yang
datang
daripada
berbagai-bagai
punca;
Orang
bertuah
itu
apa
dihajatinya mudah dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
28
29
30
31
32
[33]
34
35
36
37
[c] 2021 Petak Ajaib PLT