Bahasa Rakyat
Add
Nasib penyapu banyak jasa turun darjat (pangkat)
Makin
banyak
membuat
kebajikan
makin
bertambah
kerosakan kepada dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti geresek di pantai
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai rumput di tengah jalan bagai sambau di pintu kandang
Orang
yang
sentiasa
hidup
dalam
kesusahan
atau
kesakitan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi hujung jari sambungan lidah
Orang
yang
menyampaikan
pesan
orang
lain
dalam
sesuatu
mesyuarat
atau
peralatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mata telah rabun bandar terbuka; gigi telah gugur tebu pun menjadi
Ketika tua barulah
kemakmuran
datang
sedangkan
tidak
punya
banyak
masa merasainya;
badan
kemudahan
disediakan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada telap tanduk telinga dipulas
Tidak
dapat melawan
orang
kuat dibalaskan pada saudaranya yang lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gedang sebagai dilambuk-lambuk tinggi sebagai dijunjung
Sombong
walaupun
tidak
ada
kelebihan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana api padam di sana puntung tercampak (di mana periuk pecah di situlah tembikar tinggal)
Di mana
seseorang
mati di situlah dia dikuburkan (perumpamaan untuk
orang
miskin
atau
berdagang)
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pinang di belah dua
Sama-sama cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai gajah rompong belalai
Raja yang
kehilangan
kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
27
28
29
30
31
[32]
33
34
35
36
[c] 2021 Petak Ajaib PLT