Bahasa Rakyat
Add
Mana ada buluh yang tidak berbuku
Tidak
ada
yang
tidak
sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar itik berenang
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak dibawa orang (sehilir semudik) makan sejambar
Disisihkan dari
pergaulan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau dicampak bunga tak akan dibalas dengan tahi
Budi yang
baik
tak kan dibalas
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja yang tiada adil itu seumpama awan yang tiada mengandungi hujan
Raja yang
zalim
jangan
diharap belas kasihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang kena cubit itulah yang merasa sakit
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar orang tua makan dadih
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datang tidak dijemput dihalau ia berpaut salah hemat kita diangkut
Tiada siapa yang mahukan penyakit
bila
diubat lambat sembuh jika
salah
ubat
boleh
membawa
maut
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air yang penuh di dalam tong itu tidak akan berkocak
Orang
yang pandai
tidak
suka
menceritakan
kepandaiannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kita baharu mencapai pengayuh orang sudah tiba ke seberang
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT