Bahasa Rakyat
Add
Negeri besar rumah besar berapapun panjang perian tak kan terantuk
Orang
kaya
yang
murah hati
banyak
bersedekah tapi tak
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jauh bau bunga dekat bau tahi
1.
Kalau
jauh
teringat-ingat;
kalau
dekat
bergaduh.
2.
Orang
yang
berkasih-kasihan
itu
lebih
kekal
berjauhan
daripada
berhampiran
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cencang air takkan putus; pancung abu tak berbekas
1.
Hubungan
keluarga
tidak
dapat diputuskan. 2. Perselisihan
saudara
akan lama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti burung dalam sangkar; mata lepas badan terkurung
Orang dalam
jagaan
orang
lain
sungguhpun
dipelihara dengan
baik
tetapi merasa
susah
dan
tidak
bebas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti biduk dikayuh hilir
Menyuruh
seorang
akan
mengerjakan
sesuatu
pekerjaan
yang
memang
sangat diingininya. ;
orang
hendak
pergi
jua.
Marah
anak
kerana mengajar
bukan
sebab
benci.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing itu meskipun dirantai dengan rantai emas sekalipun nescaya berulang-ulang juga ke tempat najis
Orang
jahat
tidak
akan
berubah
walaupun diberi
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bujuk lepas dari bubu
Seperti
orang
bodoh
mendapat
sengsara.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kelkatu terbit di lubang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati bagai pelepah jantung bagai jantung pisang telinga bagai telinga rawah
Orang
yang
tidak
mempunyai perasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana antah melukut lapar sangat baru berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
26
27
28
29
30
[31]
32
33
34
35
[c] 2021 Petak Ajaib PLT