Bahasa Rakyat
Add
Sebab berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga
Orang
yang melawan perintah
orang
berkuasa tentu akan
mendapat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tagar di Pulau Sembilan
Percakapan yang terlalu tinggi lagi
sombong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dua senyawa
Suami
isteri yang
saling
sayang menyayangi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti lundar gajah lalu
Bekas
perbuatan
orang
besar-besar bersembunyi
tidak
boleh
terlindung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datang seperti ribut pergi seperti semut
Sesuatu
masalah yang
datang
secara
tiba-tiba
tetapi lambat untuk diatasi; penyakit
cepat
sembuhnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berkelahi dalam kepuk
Masalah yang sukar diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hinggap saja bagai (bak) langau titik saja bagai (bak) hujan
Yang
terjadi
dengan
tiba-tiba
tanpa diketahui terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti rotan asal berinsang dia cucuk belaka
Keadaan
orang
yang
tidak memilih
tentang
pekerjaan
makanan
terutama
sekali
berkenaan
seorang
laki-laki sangat
gelojoh
akan perempuan
sebarang
diterimanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kebal katak puru
Kebal kerana
kulit
sangat
keras.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti (laksana) maksud manau
Cita-cita
yang
tidak
mungkin
tercapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT