Bahasa Rakyat
Add
Siapa cerdik tinggi naik siapa calap(calak) menang berhitung
Orang
yang pandai
berkata-kata
meskipun dia
salah
atau
tidak
tapi kerana memutar
belit
akhirnya
orang
percaya
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar
Berkata
sesuatu
mestilah
berhati-hati
dan
kena pada tempatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang akan kain buangkan bajunya
Kata-kata isteri pada suaminya yang mencari
kekasih
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandang anak pandang menantu
Bila
membuat
keputusan
fikirkan kesannya pada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bersuntingkan bunga yang belum diseri kumbang
Hendak
beristerikan
gadis
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguh diuja dipegang ekor.
Kebebasan
yang
terbatas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silap cakap kena radak hilang jiwa percuma sahaja bercakap memandang-mandang
Perkara
rahsia haruslah dituturkan berpilih tempatnya
jangan
sampai
menyusahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disangka air tenang tiada buaya
Jangan
disangkakan
orang
yang
pendiam
itu
bodoh
dan
penakut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan biar dapat; serampang jangan pokah
Setiap
pekerjaan
yang dibuat hendaklah dilakukan sehingga
mendapat
faedah
supaya
jerih
payah akan
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandang jauh dilayang pandang dekat ditukikkan
Menyelidik
sesuatu
perkara
dengan saksama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT