Bahasa Rakyat
Add
Pukatku (ku)(ter)labuh ikan tak dapat
Kepayahan yang sia-sia
dalam
sesuatu
pekerjaan
belum
diketahui
untung
ruginya telah dikerjakan; Peri
kemalangan
orang
tiada beruntung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam lembu begal dikemudiankan dia menyepak didahulukan dia menanduk
Orang
yang
serba salah
hendak
diperbuat; jika dijadikan
kepala
dia
zalim
orang
bawah
mencela.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Surat atas batu (tidak akan pupus-pupus)
Sesuatu
adat
kebiasaan
yang
dipakai
selama-lamanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang membuat periuk bertanak di tembikar
Biasanya
buatan
yang terbaik dijual pada
orang;
tidak
dipakai
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa gunanya bunga di taman jika tidak diserikan kumbang
Apa
guna
anak
perempuan
kalau
tidak
dikahwinkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemah liat kayu akar; dilentur boleh dipatahkan tidak
Orang
yang
berakal
itu
selalu
nampaknya
menurut
kehendak
orang
tetapi
tidak
boleh
diperbodohkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sukat aur menjadi batu (baru saya lupakan tuan)
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau hendak geneng di tepian bawa labu kecil liang rasa akan penuh ditumpahkan
Kelakuan
orang
yang
hendak
meninggikan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cintakan geliga di mulut naga
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cicak makan kapur
1.
Mendapat malu
kerana kesalahan
sendiri. 2.
Bersenang
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT