Bahasa Rakyat
Add
Mana tanah tak kena hujan
Semua merasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hinggap saja bagai (bak) langau titik saja bagai (bak) hujan
Yang
terjadi
dengan
tiba-tiba
tanpa diketahui terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sungguhpun lemak santan akhirnya basi juga
Orang
yang cantik
itu
akhirnya akan tua
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai bisul hampir memecah
Kesusahan
yang
hampir
tamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semberip pahar hidangan ratu isinya sudah disisa hantu tidak disangka sampai begitu manikam boleh kehilangan mutu
Tidak
patut
isteri kepada
seorang
yang
berbangsa
dan
kaya
itu
menduakan
suaminya sehingga
merosakkan
nama baik
suaminya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerbau seratus dapat digembalakan manusia seorang tiada terkawal
Mentadbir manusia sangat
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Main api hangus main air basah
Melakukan
sesuatu
pekerjaan
baik
atau
buruk tetap
ada
akibatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti telur sesarang pecah sebiji pecah kesemuanya
Menyatakan
kerukunan. ;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu (pun kalau) ditarah pelicin (dia) elok juga jangankan manusia
Perempuan yang buruk akan cantik
juga
kelihatannya
bila
dihiasi dan diberi pakaian elok-elok.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tertarung kaki boleh diinai tertarung hati susah ubatnya
Hati
yang tersinggung kerana
perkataan
tajam
lama akan hilangnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT