Bahasa Rakyat
Add
Tarik puntung padamlah bara
Apabila
sudah mati hilanglah daya
upaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kadar diri
Tahu diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepuk air di dulang akhirnya terpercik hidung sendiri
Memberitahu tentang
keburukan
diri dan keluarga akhirnya sendiri yang
mendapat malu.
; Melawan
orang
lebih berkuasa
daripada
kita
juga
susah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada hak sendiri anak mata berdiri-diri
Kalau
kita tiada wang tak
boleh
membeli
apa
yang disukai melainkan dilihat sahajalah dengan
berharap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minta tanduk kepada kuda
Minta
sesuatu
kepada
orang
yang
tidak
mungkin
akan mengabulkannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Intan baiduri
Orang
yang dikasihi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai labah-labah meramu dalam badan sendiri
Dikatakan
orang
tidak
suka beristeri dan tiada
biasanya
akan
membuat
cemar dengan melancap
atau
mengeluarkan
air mani
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cari bagi dapatan tinggal pembawa kembali
Digunakan di
dalam
adat pepatih;
bagi
suami
isteri yang bercerai;
harta
akan dibahagikan
sama rata
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama semut mempersembahkan peha belalang kepada raja
Menyatakan
pemberian
yang
amat
sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti negeri dialahkan garuda
Negeri
atau
kampung yang
sunyi
kerana malapetaka penyakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT