Bahasa Rakyat
Add
Leka senantiasa di lipatan sanggul;fikiran singkat akal pun tumpu
Gilakan perempuan hinggakan lupa
makan
dan minum.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terlentang sama menadah embun tertiarap sama makan pasir
Susah
sama
susah
senang samalah senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angan lalu fahaman bertumbuk
Mahu
tetapi
tidak berdaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bedena tidak terpeluk sarang tebuan
Orang
tamak yang
hendak
merebut
kekayaan
tetapi
tidak
dapat
badan
pula sakit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hati palingan Allah mata palingan setan
Fikiran
dan
pendapat
selalu
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bagai babi merasa gulai
Tidak
patut
orang
yang
hina
hendak
menjadi
setaraf
dengan
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal tembolok berisi hati senang
Asal
cukup makan
senanglah
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan air pasang sentiasa
Keadaan manusia kadang-kadang
kaya
dan
ada
masanya
jatuh
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada beras simpan dalam padi ada ingat simpan dalam hati
Jika
ada
cita-cita
janganlah dihebah-hebahkan
sebelum
dikerjakan
atau
mendapat
hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lembu kasi galak sahaja tak melawan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
3
[4]
5
6
7
8
[c] 2021 Petak Ajaib PLT