Bahasa Rakyat
Add
Tiada ada pendekar yang tak bolos; tak ada juara yang tak kalah
Orang
pandai pun
ada
masanya silap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekali lancung keujian seumur orang tak percaya
Sekali
ketahuan
fiil
(kelakuan) kita yang
tidak
baik
selama
hidup
orang
percaya lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa pun jadi raja tangan kita ke dahi juga
Siapa yang memerintah kita hormati
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar jika tidak kerana bunga kembang di taman
Lelaki akan berulang
alik
di
tempat
ada
perempuan cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dihujankan kering dijemur basah
Seseorang
yang
berkehendakkan
sesuatu
benda
bila
diberi ia
mengatakan
tidak
hendak
sebab
malu
atau
kerana
menipu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak seribu daya benci seribu bencana
Kalau
mahu
macam-macam
usaha;
kalau
benci
tunggu padahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rupa yang tak dapat diubah tabiat dapat diubah
Kelakuan
atau
pekerti yang
tidak
baik
itu
dapat diubah asalkan
mahu
mendengar
nasihat
dan
belajar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak dapat dibaiki jangan pula dipecahkan
Sesuatu
perkara
yang
tidak
dapat kita betulkan janganlah rosakkan pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bermegah-megah akan kesempurnaan barang yang engkau lagi tengah kerjakan itu seperti menikahkan anak yang masih di dalam perut ibunya
Jangan
menentukan
apa
yang
belum
pasti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT