Bahasa Rakyat
Add
Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga perginya
Orang dagang
walau
beroleh
kesenangan
di rantau
tempat
asalnya tetap diingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Secubit tidak akan jadi segantang (segenggam)
Kalau
sudah
nasib
menjadi
miskin
diusahakan
macam
mana pun
tidak
akan
kaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bak pinang dianduh putus tali dia berdiri.
Seseorang
yang melakukan perkerjaan kerana dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang tinggi tampak jauh; yang dekat julung bersua
Perumpamaan
bagi
orang
yang bertanggungjawab seperti
tanggungjawab
penghulu kepada
anak buah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bermain di air keruh
Jangan
ditiru
perbuatan
negatif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga
Jika pengetahuan
atau
ilmu
sedikit
jangan
cuba
menentang
orang
yang ilmunya
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cacing hendak menjadi naga
Orang kecil
hendak
menjadi
orang mulia
;
hina
mulia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang tak bercari lulus tak berselami
Tidak
dipedulikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam senang dalam reban musang yang susah beredar keliling
Merasa dengki dan
tidak
senang melihat
kebahagiaan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bulat datang berguling; yang pipih datang melayang; yang jauh menjadi dekat
Keuntungan
atau
kemewahan
yang
datang
daripada
berbagai-bagai
punca;
Orang
bertuah
itu
apa
dihajatinya mudah dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT