Bahasa Rakyat
Add
Bagai ayam mengarang (mengeram) telur
Keelokkan
merah
cahaya muka
perempuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana labah-labah membuat sarang
Kerja yang
susah
tapi hasilnya rapuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angguk enggan geleng mahu tunjuk tidak diberikan
1.
Membuat
kerja berlawanan dengan yang dimaksudkan. 2.
Lain
dikata
lain
dibuatnya. 3.
Tidak
berterus terang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memegang besi panas (hangat)
Orang
yang
berbuat
suatu
pekerjaan
tidak
tetap
atau
sesuatu
dikerjakan dengan
khuatir
dan
ketakutan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengantuk disorongkan bantal (perut lapar panggilan tiba)
Memperolehi
barang
yang sangat dihajatkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Orang
yang
menceritakan
keburukan
keluarganya
atau
saudara
maranya akhirnya dia sendiri
mendapat malu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Puji tak mengenyang cela tak membunuh
Jangan
berbesar hati
jika dipuji dan
jangan
berkecil hati
dicela
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Canggung bagaikan (seperti) antan dicungkilkan duri
Melakukan
sesuatu
yang
mustahil
terjadi
;
Perbuatan
bukan-bukan
dan
tidak kena
pada tempatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angguk bukan geleng ya
1.
Membuat
kerja berlawanan dengan yang dimaksudkan. 2.
Lain
dikata
lain
dibuatnya. 3.
Tidak
berterus terang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menanti (kan) kucing bertanduk
Sesuatu
yang
tidak
mungkin
boleh
berlaku
atau
sesuatu
sama sekali
diharap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT