Bahasa Rakyat
Add
Pilih-pilih terpilih labu muda
Terlampau
memilih langsung terpilih yang buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat kecewa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai lintah dipotong dara (ekor)
Sesuatu
yang berlaku
begitu
pantas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuat tertawa koyak bibir
Orang
yang
leka
menghabiskan harta
kerana kesukaan
itu
lambat laun
akan bertemu dengan
kedukaan
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat burung; mulut manis jangan di pakai
Tiap-tiap
perkataan
yang lemak manis
itu
selalu mengandungi muslihat dalamnya
hanya
orang
bodoh
lekas
terjerat
atau
tertipu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke bukit berguling air ke lurah beranak sungai
Menunjukkan batas
sebuah
negeri
dengan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Durian seambung dengan timun
Orang
suka
mengkhianati
orang
yang lemah dan
baik
sehingga
menyusahkan
mereka
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemas bagai dinding di apit
orang
atau
benda
yang berada
dalam
keadaan kemas dan
teratur
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dah terbakar bumbung di rumah adat berasak benar berluluh
Keadaan yang
cemas
atau
darurat
bergopoh
ambil
apa
sempat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terlongsong perahu boleh balik terlonsong cakap tak boleh balik
Perkataan
tajam
(kasar)
kerapkali
menjadi
kesusahan
dan
tidak
dapat ditarik kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
25
26
27
28
29
[30]
31
32
33
34
[c] 2021 Petak Ajaib PLT